Kek Pandan

Kek Pandan adalah kek span, ringan, berwarna hijau [2] yang berasal dari Asia Tenggara, dengan perisa jus daun pokok pandan Pandanus amaryllifolius.[3][4]Ia juga dikenali sebagai chiffon pandan. Kek ini popular di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, Laos, Thailand, Sri Lanka, Hong Kong, China, dan juga Belanda, terutamanya di kalangan masyarakat Indonesia, kerana hubungan kolonial dengan Indonesia.[5][6][7]Pada tahun 2017, CNN menamakan kek pandan sebagai kek negara Malaysia dan Singapura, salah satu kek kegemaran dari seluruh dunia.[1]

Kek Pandan

Nama alternatif Chiffon Pandan
Masakan negara yang berkaitan Malaysia and Singapura[1]
Kawasan Asia Tenggara
Bahan utama Air dari daun pandan atau pati Pandanus, tepung, telur, gula, mentega atau margarine
Jenis Kek